Sastera-Sastera Smrtha

Kelompok Smrtha mengikut sastera-sastera Hindu. Sama seperti tradisi lain, mereka menerima premis epistemik bahawa Śrūti atau sastera suci Veda adalah sumber pengetahuan yang sah dan boleh diterima. 

Śrūti 
  • Chaturveda, empat Veda
  • Saṃhita
  • Brahmaṇa
  • Araṇyaka
  • Upanishad-upanishad awal
Tumpuan lebih diberikan oleh mereka kepada Upanishad.

Penjatian Atman dan Brahman, serta sifat tetap dan abadi kedua-dua hal ini menjadi tumpuan pencari Hakikat dalam tradisi ini. Penekanan dalam sastera kitab suci Veda adalah kepada jñānakanda atau sabitan kepada pengetahuan dan spekulasi falsafah pada bahagian Veda yang berkaitan dengan Upanishad. Tumpuan tidak diberikan kepada karmakanda atau sabitan amalan.

Sastera Lain-Lain

Kedua-dua teks berikut memberikan kebenaran mengenai jati antara Atman dan Brahman serta sifat-sifatnya yang tetap tidak berubah-ubah:
  • Bhagavadgita
  • Brahma Sutra
Brahma Sutra dianggap sebagai Nyaya Prasthana atau teks berkanun yang didasarkan kepada sebab munasabah. Bhagavadgita pula dianggap sebagai Smrthi Prasthana. Kelompok-kelompok sastera yang bergantung kepada Smrthi lain adalah seperti:
  • Vedanga
  • Itihasa
  • Dharmasastra
  • Purana
Sesetengah daripada sastera Smrthi ini turut mengandungi pengaruh dari pergerakan Śramaṇa dan Buddha dari zaman antara 200 SM sehingga ke 300 M. Selain itu, gerakan bhakti turut dimasukkan dalam lipatan tradisi kaum Brahmana.