Pengenalan Smrtha Sampradayat

Tradisi ini berkembang semasa awal era klasik dalam agama Hindu sekitar permulaan abad masihi. Ketika itu agama Hindu mula muncul hasil dari interaksi antara ajaran Brahman dengan tradisi-tradisi tempatan. Tradisi Samrtha ini selari dengan Advaita Vedanta dan mengangkat Adi Sankaracarya sebagai pengasas atau tokoh pembaharuan.

Sankaracarya mengajarkan bahawa hakikat tertinggi itu tidak bertokoh dan nirguna atau tiada bersekutu. Sebarang dewata yang dijadikan lambang itu mempunyai peranan untuk sampai kepada hakikat tertinggi itu. Hasil dari inspirasi yang diberikan oleh kepercayaan inilah, pengikut gerakan Smartha ini memasukkan Tuhan yang tiada bertokoh bersama lima dewata yang dipuja di pesanggrahan mereka. Tradisi ini digelar oleh William Jackson sebagai 'advaitin yang bersifat monistik pada rupanya'. Istilah ini turut merujuk kepada para Brahmin yang mengkhusus dalam teks sastera Smṛti yang disebut sebagai Gṛhya Sutra. Berbeza daripada Brahmin Śrauta yang mengkhusus dalam teks-teks Śruti, amalan dan upacara yang mengikut Veda suci.