Etimologi Istilah Smṛtha

Kata Smṛtha ini adalah kata sifat atau adjektif yang diterbitkan dari kata Smṛti. Smṛti merujuk kepada badan sastera Hindu yang biasanya dikaitkan dengan seorang pengarang. Teks-teks sastera ini pada tradisinya ditulis dan sentiasa diberi ulasan. Berbeza dengan Śruti yang berasaskan kepada sastera kitab suci Veda. Veda dianggap sebagai tidak dikarang atau diulas oleh manusia. Ia hanya dipindahkan secara tindakan atau lisan dari satu turunan kepada satu turunan. Ia tidak pernah ditokok tambah. 

Perkataan ini mempunyai pelbagai maksud iaitu:
  • melibatkan ingatan
  • dicatitkan dalam atau berdasarkan kepada perkara yang diingati
  • berasaskan kepada tradisi, dinasihatkan atau disucikan oleh undang-undang tradisional
  • kelompok Brahmin ortodoks yang mahir dalam atau dipandu oleh undang-undang tradisional serta doktrin Vedanta
 Dalam konteks tradisi Smṛtha ini, istilah Smṛtha ini merujuk kepada pengikut kepada Smṛti. Gerakan ini terutamanya dikaitkan dengan aliran yang diasaskan oleh Sankaracarya, mengikut kenyataan yang diberikan oleh Monier Williams.