Kuil dan Matham

Tradisi ini turut mempunyai kuil dan matham mereka. Banyak kuil Smartha boleh ditemui di rantai India Barat dan India Selatan berbanding dengan di India Utara.

Matham Smrtha

Guru Adi Sankara merupakan salah seorang sarjana dan guru agung bagi tradisi ini. Beliau turut mengasaskan beberapa matham yang terkenal dalam agama Hindu.

Daśanāmi Sampradāya dirumahkan dalam empat Matham dengan cawangan pusat-pusatnya terletak di empat penjuru benua India:
  • Dvarka di sebelah Barat
  • Jagannatha Puri di sebelah Timur
  • Sringeri di sebelah Selatan
  • Badrinath di sebelah Utara
Setiap matham ini diketuai oleh seorang anak murid bergelar Sankaracarya. Mereka ini meneruskan gerakan Advaita Vedanta. Sepuluh susunan matham Advaita yang berkait dengan Sankara terbahagi seperti berikut:
  • Bharati, Puri dan Saraswati di Sringeri
  • Aranya dan Vana di Puri
  • Tirtha dan Asrama di Dvarka
  • Giri, Parvata dan Sagara di Badrinath
Matha-matha yang didirikan oleh Guru Sankara masih lagi wujud sehingga kini dan berterusan dengan ajaran serta pengaruhnya.

Berikut adalah gambaran keseluruhan empat salasilah Matha Advaita yang terbesar diasaskan oleh Adi Sankara dan butirannya:
  • Padmapāda di Timur, Matha Govardhana Pīthaṃ, Odiṣa (Kalinga). Mahakavya mereka adalah Prajñānaṃ Brahma yang bermaksud Kesedaran itulah Brahman. Veda sucinya adalah Ṛgveda dan sampradayanya dikenali sebagai Bhogavala.
  • Sureśvara di Selatan, Śringeri Śārada Pīthaṃ, Karnataka. Mahakavya mereka adalah Aham Brahmāsmi yang bermaksud Akulah Brahman. Dalam bahasa Jawa Mahakavya ini disebut sebagai Kavūla Gusti. Veda sucinya adalah Yajurveda dan sampradayanya adalah Bhūrivala.
  • Hastāmalakācārya di Barat, Dvāraka Pīthaṃ, Gujarat. Mahakavya mereka adalah Tattvamasi yang bermaksud Engkau adalah Engkau. Veda suci mereka adalah Samaveda dan sampradaya mereka adalah Kitavala.
  • Toṭakācārya di Utara, Jyotirmatha Pitham, Uttarakhanda. Mahakavya mereka adalah Ayamātmā Brahma yang bermaksud Atman itu adalah Brahman. Veda suci mereka adalah Atharvaveda dan sampradaya mereka adalah Nandavala. 
Walau bagaimanapun, bukti menunjukkan bahawa Adi Sankara sebenarnya pernah mengasaskan lebih banyak matha di peringkat tempatan bagi pengajian pandangan Vedanta dan penyebarannya. Hartmut Scharfe menyatakan bahawa "empat matha di kota Trichur sendiri pun diketuai ooleh Trotaka, Suresvara, Hastamalaka dan Padmapada". Matha Sringeri Sarada diasaskan oleh Adi Sankaracarya di Karnataka pula menjadi pusat aliran Smrtha.

Matha-Matha Lain

Matha-matha Advaita Vedanta ini mengikut tradisi Smrtha. Berikut adalah senarainya:
  • Svarnavalli Matha dekat dengan mukim Sodhe, daerah Sirsi, wilayah Karnataka
  • Ramachandrapura Matha di mukim Haniya, daerah Hosanagara, wilayah Karnataka
  • Kanchi Matha di Kanchipuram, wilayah Tamil Nadu
  • Chitrapura Matha, Sirali, wilayah Karnataka
  • Sri Gaudapadacarya Matha, mukim Kavale, daerah Ponda, wilayah Goa
  • Sri Samsthana Dabholi Matha, daerah Dabholi, wilayah Goa
Guru-Guru Berkaitan dengan Smrtha
  • Sri Gaudapada
  • Sri Govinda Bhagavatpada
  • Sri Adi Sankaracarya
  • Sri Suresvaracarya
  • Sri Padmacarya
  • Sri Hastamalakacarya
  • Sri Totakacarya
  • Sri Vachaspati Misra
  • Sri Ramakrsna
  • Swami Vivekananda
  • Sri Ramana Maharsi
  • Sri Sarvepalli Radhakrsnan
  • Sri Madhusudana Sarawati