Pantang Larang 1

Matahari 
Dilarang melihat matahari pada beberapa waktu iaitu:
  • Terbit matahari
  • Jatuh matahari
  • Tengah hari
  • Semasa gerhana
Api
  • Dilarang memadamkan api dengan meniup angin dari mulut.
  • Dilarang melangkah api.
  • Api tidak boleh dibiarkan atas tanah.
  • Api mestilah dipadamkan menggunakan percikan air.
  • Dilarang menghalakan kaki ke arah api untuk mengeringkan kaki.
  • Dilarang melempar sampah dan benda kotor dalam api.
  • Dua api tidak boleh digabungkan.
Sungai dan Kolam
  • Apabila berada berdekatan dengan sungai-sungai suci, pertama sekali percikkan air atas kepala sendiri dan kemudian baru masuk ke dalam sungai dengan kaki.
  • Jangan meludah dalam sungai.
  • Jangan letakkan batu dalam sebuah kolam.
  • Jangan berendam dalam sungai atau kolam untuk bersenang lenang.
Adab Sopan
  • Selepas memasak jangan makannya seorang-seorang sebaliknya mestilah dihidangkan kepada tetamu dulu.
  • Basuhlah kaki dulu sebelum tidur.
  • Jangan tidur dengan kepala menghadap utara.
  • Jangan tidur atas katil rajut yang patah.
  • Jangan tidur dalam rumah yang usang dan akan reban.
  • Jangan gerakkan orang yang sedang tidur.
  • Semua dewata berdiam dalam seekor lembu maka berkhidmat dan memberi makan kepada lembu adalah satu kebajikan sebaliknya memukul atau menendang lembu membawa kepada dosa besar.
  • Jangan gunakan pakaian, selipar, bekas air, tempat duduk dan katil yang telah digunakan oleh orang lain.
  • Jangan celup jari dalam air panas untuk merasa suhu air sebaliknya ceduk sedikit air tersebut dan tuangkan atas tapak tangan sendiri.
  • Pisang yang disembahkan kepada dewata jangan dikepilkan dengan paku.
  • Serbuk cendana yang digunakan untuk pemujaan jangan diambil dengan paku.
  • Dilarang menepungkan lumpur tanpa sebarang sebab.
  • Asap dari pembakaran mayat, cahaya matahari pagi, bayang lampu dan juga bayang orang yang tidak diketahui asal-usul jangan terkena kepada kita. Hal ini boleh mengurangkan kemewahan, kesihatan dan juga usia.
  • Dilarang mengembara atas pedati yang ditarik oleh hanya seekor lembu sebaliknya dibenarkan menaiki pedati yang ditarik oleh seekor kuda. 
  • Masuk ke rumah atau kampung sendiri mesti melalui pintu depan dan bukannya melalui pintu belakang.
  • Dilarang tidur bawah pokok pada malam hari.
  • Dilarang berjudi.
  • Melintasi sungai dengan berenang menggunakan tangan dan kaki adalah berdosa. Sungai mestilah dilintasi hanya menggunakan sambau. Sungai yang tohor boleh dilintasi dengan berjalan dan kemudian mestilah segera melakukan achamana apabila sampai ke tebing.
  • Tanpa sebarang jemputan maka dilarang mengajarkan dharma atau vrutha kepada orang lain. Hal ini terutamanya dilarang kepada amereka yang lahir dari jati-jati di bawah jati kita.